WELCOME TO MY BLOG..

Dedikasi khas buat ibuku,suamiku & teman-temanku yang dicintai!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 17, 2009

Rahsia di sebalik nama
by: zaris

Aku mengenali seorang Muallaf dari ulu pedoh, dalam kawasan gombak. 2-3 kali kami menim bersama dan bersembang bersembang mengenai isu semasa dan dari hal keagamaan. dia memilih nama Islam sebagai Hamzah, mungkin kerana mengagumi keadaan bapa saudara nabi Muhammad SAW yang hebat dan bersemangat kental. menurutnya, sudah hampir lapan tahun dia memeluk agama Islam kerana kagum dengan kemurnian ajarannya.

banyak benda menarik yang mungkin baru bagiku yang diucapkan oleh Hamzah. antaranya adalah tentang nama2 yang sesetengahnya amat berhubungan rapat dengan pegangan aqidah dalam sesuatu agama. dia menyatakan orang india yang majoritinya beragama hindu di malaysia sebenarnya mempunyai nama2 berunsur ketuhanan dan kedewaan dalam agamanya. dewa dalam agama hindu yang amat banyak dengan nama yang pelbagai akan diberikan kepada anak2 yang baru lahir untuk mengukuhkan aqidah mereka.

dia menyatakan bahawa nama dewa hindu amat berkait rapat dengan patung serta berhala yang terdapat dalam agama hindu. itulah sebabnya orang hindu sesetengahnya amat sukar untuk menukar agamanya kerana ada pengaruh dewanya dalam dirinya. apabila dipanggil tiap2 hari dengan panggilan tersebut, maka akan makin menjadi serasi dengan dirinya dan apabila mahu menukar agama kepada Islam akan menghadapi berbagai2 dugaan.

dia menceritakan terdapat satu kes seorang gadis melayu yang murtad dan masuk agama hindu kerana cinta dan dipujuk oleh seorang pemuda india yang beragama hindu. gadis itu kemudiannya diberikan nama salah satu dewi hindu, seterusnya dibawa ke kuil untuk melakukan upacara hindu supaya mantap di hatinya kepercayaan agama hindu. apabila keluarga si gadis mengetahui keadaan gadis tersebut yang bertukar agama, maka keluarganya amat marah. keluarganya amat marah dengan keadaan tersebut dan bertindak mencari gadis itu serta mengurungnya untukl dipulihkan.

dalam sebuah bilik diadakan ikhtiar untuk memulihkan gadis tersebut. apa yang memeranjatkan apabila dibaca ayat2 Al-Qur'an, maka secara tiba2 gadis itu seolah2 lupa dirinya dan terus melompat dan menari melakukan tarian hindu. tarian itu sama seperti tarian yang dibuat di hadapan patung dalam kuil hindu. betapa hebat pengaruh nama hindu dan dewa dewi hindu kepada penganutnya.

setelah mendengar kisah dan cerita yang diceritakan oleh muallaf tersebut, memang benar dalam Islam bahawa pemberian nama amat dititikberatkan. Nabi SAW dalam banyak sabdanya menyatakan bahawa nama itu adalah suatu doa'. setiap kali seorang itu didipanggil dengan nama itu, maka setiap kali itu jugalah dia akan makin serasi dengan makna nama yang berada pada dirinya. sekiranya nama itu mengandungi makna yang buruk, pasti sedikit sebanyak akan kerkesan pada empunya diri. begitu juga apabila tibinya hari akhirat. seseorang juga akan dipanggil dengan nama yang dipanggil semasa hidupnya di dunia.


p/s:- em.. maksud nama kite ape plak ek? kene ambil ikhtibar & teladan. Lepas ni jika dikurniakan anak jangan lupa bagi nama yang baik2 ye :) contoh macam solehatunaziha..hehehe..:p thanks zaris 4 sharing knowledge!!


"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"

No comments:

Post a Comment