WELCOME TO MY BLOG..

Dedikasi khas buat ibuku,suamiku & teman-temanku yang dicintai!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 21, 2009

Islam Dan Cinta Sejati

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.
Sabda Nabi SAW: " Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah" - Riwayat Ahmad


Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika dibiarkan cinta akan menguasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.

Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang erlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!

-Ustaz Mohd Nawawi Yusoh, UIAM



"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431H BUAT SEMUA!!!!





p/s: Azam tahun baru dah niat dalam hati...anda bila lagi? :)



"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"

Mutiara Kata











p/s: Suke sumenye!!!

"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"
Rahsia di sebalik nama
by: zaris

Aku mengenali seorang Muallaf dari ulu pedoh, dalam kawasan gombak. 2-3 kali kami menim bersama dan bersembang bersembang mengenai isu semasa dan dari hal keagamaan. dia memilih nama Islam sebagai Hamzah, mungkin kerana mengagumi keadaan bapa saudara nabi Muhammad SAW yang hebat dan bersemangat kental. menurutnya, sudah hampir lapan tahun dia memeluk agama Islam kerana kagum dengan kemurnian ajarannya.

banyak benda menarik yang mungkin baru bagiku yang diucapkan oleh Hamzah. antaranya adalah tentang nama2 yang sesetengahnya amat berhubungan rapat dengan pegangan aqidah dalam sesuatu agama. dia menyatakan orang india yang majoritinya beragama hindu di malaysia sebenarnya mempunyai nama2 berunsur ketuhanan dan kedewaan dalam agamanya. dewa dalam agama hindu yang amat banyak dengan nama yang pelbagai akan diberikan kepada anak2 yang baru lahir untuk mengukuhkan aqidah mereka.

dia menyatakan bahawa nama dewa hindu amat berkait rapat dengan patung serta berhala yang terdapat dalam agama hindu. itulah sebabnya orang hindu sesetengahnya amat sukar untuk menukar agamanya kerana ada pengaruh dewanya dalam dirinya. apabila dipanggil tiap2 hari dengan panggilan tersebut, maka akan makin menjadi serasi dengan dirinya dan apabila mahu menukar agama kepada Islam akan menghadapi berbagai2 dugaan.

dia menceritakan terdapat satu kes seorang gadis melayu yang murtad dan masuk agama hindu kerana cinta dan dipujuk oleh seorang pemuda india yang beragama hindu. gadis itu kemudiannya diberikan nama salah satu dewi hindu, seterusnya dibawa ke kuil untuk melakukan upacara hindu supaya mantap di hatinya kepercayaan agama hindu. apabila keluarga si gadis mengetahui keadaan gadis tersebut yang bertukar agama, maka keluarganya amat marah. keluarganya amat marah dengan keadaan tersebut dan bertindak mencari gadis itu serta mengurungnya untukl dipulihkan.

dalam sebuah bilik diadakan ikhtiar untuk memulihkan gadis tersebut. apa yang memeranjatkan apabila dibaca ayat2 Al-Qur'an, maka secara tiba2 gadis itu seolah2 lupa dirinya dan terus melompat dan menari melakukan tarian hindu. tarian itu sama seperti tarian yang dibuat di hadapan patung dalam kuil hindu. betapa hebat pengaruh nama hindu dan dewa dewi hindu kepada penganutnya.

setelah mendengar kisah dan cerita yang diceritakan oleh muallaf tersebut, memang benar dalam Islam bahawa pemberian nama amat dititikberatkan. Nabi SAW dalam banyak sabdanya menyatakan bahawa nama itu adalah suatu doa'. setiap kali seorang itu didipanggil dengan nama itu, maka setiap kali itu jugalah dia akan makin serasi dengan makna nama yang berada pada dirinya. sekiranya nama itu mengandungi makna yang buruk, pasti sedikit sebanyak akan kerkesan pada empunya diri. begitu juga apabila tibinya hari akhirat. seseorang juga akan dipanggil dengan nama yang dipanggil semasa hidupnya di dunia.


p/s:- em.. maksud nama kite ape plak ek? kene ambil ikhtibar & teladan. Lepas ni jika dikurniakan anak jangan lupa bagi nama yang baik2 ye :) contoh macam solehatunaziha..hehehe..:p thanks zaris 4 sharing knowledge!!


"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"

Wednesday, December 16, 2009

Persiapan Perkahwinanku...


em, jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Hari ini rasa letih sangat..ntahla nape...mayb keje banyak untuk disiapkan kot..yela bakal bercuti panjang...tinggal 2 minggu 2 hari lagi ke detik hari bersejarahku. Segala persiapan....so far alhamdulillah....Banyak rintangan sebenarnya..yelah apa yang kita jangkakan tak semua seperti yang kita kehendaki kan..macam-macam hal berlaku.. Dari bab baju, souvenir, dan macam2 lagi lah...kiranya macam2 ada...secukup rasa....sabar ajelah.em, hantaran dah settel...lega tak payah pening2 kepala pegi mencari lagi...dah la sekarang cuaca makin panas kan...em, nanti ada masa saya upload gambar2 hantaran plak..hehehe..risau sebenarnye...Harap semuanya berjalan dengan lancarnya lah...Amin.....- End -


"SeNtiasa kEkaLkaN kAsiH sAyaNG BERsaMa"

Permulaan...

Hari ni dengan rasminya saya merasmikan pembukaan nota hatiku untuk mu..hehehe.....